Selasa, 26 Mei 2009

Kabel

Istilah yg sering digunakan keatas orang hubungan atau pegawai yg mempunyai kaitan dalam menyelesaikan sesuatu permasalah dalam urusan seharian.Ianya digunakan secara meluas didalam sektor perkhidmatan kerajaan.Jika anda tidak mempunyai sebarang 'kabel',kebarangkalian berjaya usaha anda adalah tinggi ataupun dgn kata lain ianya sukar dicapai dan selalunya melalui tempoh masa yg lebih lama.Pengalaman menggunakan 'kabel' memang pernah dilalui oleh saya beberapa kali.Misalnya dalam memohon kelulusan menyambung pelajaran semasa didalam perkhidmatan, saya terpaksa menebal muka berjumpa dgn beberapa orang yg ber'autoriti' dalam menyokong dan seterusnya meluluskan permohonan saya.Pernah pegawai yg berkenaan berkata bahawa perbuatan ini menyalahi dari segi tataetika dan moral perkhidmatan awam.Akibatnya akan menyebabkan peluang pemohon yg lebih layak akan terbantut dan tercicir didalam saringan.Saya mengakui kata-kata beliau, malah seperti merasa berdosa dari hasil usaha saya yg sedemikian.Tetapi ada suara 'lain' pula mengajak saya agar meneruskan usaha-usaha ini kerana dgn cara inilah sahaja, maka segala cita-cita saya akan tercapai dgn lebih mudah dan segera.Alasannya, dgn segala usaha yg dilakukan bagi memperolehi apa yg diimpikan,menjadi saksi bahawa kejayaan yg diperolehi melalui usaha yg tidak mengenal malu dan bekerja keras.Walaupun demikian, perlu ditegaskan bahawa perbuatan menyogok seperti memberi rasuah mesti dielakkan dan tidak diamalkan.Cuma yg diharapkan hanya semata-mata 'budi-bicara' pegawai yg berkenaan.Selepas melalui segala usaha berkenaan, doa kepada Tuhan Sekelian Alam, Allah S.W.T. mesti dilanjutkan setiap masa dan ketika.Bertawakalah kepada Allah diatas segala penentuan hasil usaha kita.Keputusan yg diterima akhir nanti samada berjaya atau sebaliknya, diterima dgn hati yg tenang dan mempercayai ada hikmah disebaliknya.

Sabtu, 23 Mei 2009

'Ala emak kawinkan aku...."

begitulah sari kata lagu yg teriang-riang ditelingaku pada ketika ini.Berhampiran kediaman berlangsungnya majlis perkawinan.Riuh-rendah dgn alunan kompang di pinggir tingkap rumah.Bersesak-sesak para tetamu menjamu selera secara 'buffet'.Mudah dan ringkas.Agaknya masakan lauk pauk secara gotong-royong.Senyum melerek tuan rumah menyambut tetamu.Mana taknya, kocek dah menimbun dgn sedekah tetamu serta ramainya tetamu undangan.Mungkinkah kemeriahan ini berlanjutan hingga ke anak cucu?Tanggungjawab pasangan pengantin terbentang luas banyaknya.Perbelanjaan, pergaulan, dan hubungan sesama mestilah dikukuhkan.Jangan waktu masih 'baru' ini sahaja yg mesti di utamakan.Perjalanan masih jauh.Zuriat yg bakal lahir perlu disemaikan dgn akhlak dan sifat yg mulia serta terpuji.Mampukah kita yg masih lagi lalai dgn perintah Allah S.W.T. perlu diperhalusi.Ingat-mengingat mesti diamalkan sesama insan yg hidup dgn rahmatmu Ya Allah S.W.T.Sabar dalam menempuh ujian perlu diingat selalu.Sifat amarah perlu dijauhi.Komunikasi secara sihat perlu diamalkan selalu agar tidak timbul irihati, persangka dan dengki.Jujur, ikhlas dan berterus-teranglah atas segala perbuatan dan perbualan.Tetapi memang ramai orang berkata "senang saja bercakap,buat belum tentu lagi...".Walau apa pun terjadi, elakkanlah perkara halal yg paling dibenci oleh Allah S.W.T iaitu 'perceraian' selagi masih boleh menahan diri.Semoga ini menjadi pedoman hidupku kini.Amin.

Tambahan alat-alat baru...

Selepas makan malam, aku mencuba lagi untuk mengemaskini blog ini.Beberapa peralatan baru seperti clock,gambar family telah berjaya aku tampalkan.Terdapat beberapa hiasan lain yg masih tidak dapat aku letakkan di blog ini.Contohnya histats,feedjit dan cbox.Pening kepala dibuatnya.Apakan daya kalau nak puaskan hati maka terpaksalah berusaha lagi sehingga berjaya mengemaskini blog ini.Moga usaha ini tidak sia-sia.Banyak masa,tenaga dan fikiran sudah diperuntukkan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.Insyaallah kalu tidak ada aral melintang, esok akan bersambung lagiiii...wassalam.

Cubaan pertama secara seriusss....

Dari pagi lagi aku cuba mempelajari bagaimana ingin membina blog peribadi. Rasa rugi yg amat sangat jika hasrat ini terus di pendam hingga ke satu masa yg tidak diketahui.Masih lagi tidak ku fahami bagaimana ingin memasuki beberapa alat seperti jam/masa dan jumlah hits.Merasa tercabar apabila beberapa rakan aku sudah mempunyai laman blog peribadi.Hajat di hati ingin menjadikan laman blog peribadi ini sebagai tempat untuk meng'access' ke mana-mana laman web/blog yg sering dikunjungi.Memang diakui masa amat mencemburui sehinggakan terlewat menunaikan solat serta ruang bersama keluarga.Mesti bijak membahagikan waktu agar tidak ada yg mencemburui.Kesian pula rasanya jika semua tidak dilayani.Siapalah aku yg cuma ada sekujur tubuh untuk dikongsi.