Selasa, 26 Mei 2009

Kabel

Istilah yg sering digunakan keatas orang hubungan atau pegawai yg mempunyai kaitan dalam menyelesaikan sesuatu permasalah dalam urusan seharian.Ianya digunakan secara meluas didalam sektor perkhidmatan kerajaan.Jika anda tidak mempunyai sebarang 'kabel',kebarangkalian berjaya usaha anda adalah tinggi ataupun dgn kata lain ianya sukar dicapai dan selalunya melalui tempoh masa yg lebih lama.Pengalaman menggunakan 'kabel' memang pernah dilalui oleh saya beberapa kali.Misalnya dalam memohon kelulusan menyambung pelajaran semasa didalam perkhidmatan, saya terpaksa menebal muka berjumpa dgn beberapa orang yg ber'autoriti' dalam menyokong dan seterusnya meluluskan permohonan saya.Pernah pegawai yg berkenaan berkata bahawa perbuatan ini menyalahi dari segi tataetika dan moral perkhidmatan awam.Akibatnya akan menyebabkan peluang pemohon yg lebih layak akan terbantut dan tercicir didalam saringan.Saya mengakui kata-kata beliau, malah seperti merasa berdosa dari hasil usaha saya yg sedemikian.Tetapi ada suara 'lain' pula mengajak saya agar meneruskan usaha-usaha ini kerana dgn cara inilah sahaja, maka segala cita-cita saya akan tercapai dgn lebih mudah dan segera.Alasannya, dgn segala usaha yg dilakukan bagi memperolehi apa yg diimpikan,menjadi saksi bahawa kejayaan yg diperolehi melalui usaha yg tidak mengenal malu dan bekerja keras.Walaupun demikian, perlu ditegaskan bahawa perbuatan menyogok seperti memberi rasuah mesti dielakkan dan tidak diamalkan.Cuma yg diharapkan hanya semata-mata 'budi-bicara' pegawai yg berkenaan.Selepas melalui segala usaha berkenaan, doa kepada Tuhan Sekelian Alam, Allah S.W.T. mesti dilanjutkan setiap masa dan ketika.Bertawakalah kepada Allah diatas segala penentuan hasil usaha kita.Keputusan yg diterima akhir nanti samada berjaya atau sebaliknya, diterima dgn hati yg tenang dan mempercayai ada hikmah disebaliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan