Sabtu, 23 Mei 2009

'Ala emak kawinkan aku...."

begitulah sari kata lagu yg teriang-riang ditelingaku pada ketika ini.Berhampiran kediaman berlangsungnya majlis perkawinan.Riuh-rendah dgn alunan kompang di pinggir tingkap rumah.Bersesak-sesak para tetamu menjamu selera secara 'buffet'.Mudah dan ringkas.Agaknya masakan lauk pauk secara gotong-royong.Senyum melerek tuan rumah menyambut tetamu.Mana taknya, kocek dah menimbun dgn sedekah tetamu serta ramainya tetamu undangan.Mungkinkah kemeriahan ini berlanjutan hingga ke anak cucu?Tanggungjawab pasangan pengantin terbentang luas banyaknya.Perbelanjaan, pergaulan, dan hubungan sesama mestilah dikukuhkan.Jangan waktu masih 'baru' ini sahaja yg mesti di utamakan.Perjalanan masih jauh.Zuriat yg bakal lahir perlu disemaikan dgn akhlak dan sifat yg mulia serta terpuji.Mampukah kita yg masih lagi lalai dgn perintah Allah S.W.T. perlu diperhalusi.Ingat-mengingat mesti diamalkan sesama insan yg hidup dgn rahmatmu Ya Allah S.W.T.Sabar dalam menempuh ujian perlu diingat selalu.Sifat amarah perlu dijauhi.Komunikasi secara sihat perlu diamalkan selalu agar tidak timbul irihati, persangka dan dengki.Jujur, ikhlas dan berterus-teranglah atas segala perbuatan dan perbualan.Tetapi memang ramai orang berkata "senang saja bercakap,buat belum tentu lagi...".Walau apa pun terjadi, elakkanlah perkara halal yg paling dibenci oleh Allah S.W.T iaitu 'perceraian' selagi masih boleh menahan diri.Semoga ini menjadi pedoman hidupku kini.Amin.

1 ulasan:

  1. Alamakkkk de... canggih la lu... macam orang IT. de, gambar de... gambar.... mana.??? banyak gambar lagi bagus de,,, tapi yang saiz kecil dah le... besar kalu nanti berat, de ajo aku nak buat jam tu de....

    BalasPadam